Kenape Malaysia Boleh Klah ngan Arsenal???
Friday, July 15, 2011 | 0 comments
hye PEEPS...Semua orang tahu keputusan perlawanan antara Malaysia vs Arsenal pada 13 Julai 2011 tadi. Apa pendapat korang tentang match tu. Mesti ada yang kecewa dan pasti ada yang sedikit menyampah melihat persembahan team Negara kita yang tertiba kelihatan seperti hilang sengat. Tak kan Belang dah hilang..Tak pun mungkin player kita masih gabra bila main dengan team besar macam Arsenal. Kalau terus gabra macam mana nak jumpa Chelsea dan Liverpool nanti. Hari ni ulasan aku bukan nak kondem sesaper tetapi kalau boleh K.rajagopal nampak apa yang aku nampak sekarang. Kalau tak jangan cakap Piala Dunia.. Olimpik pun masih jauh lagi..dulu aku dah pernah post pasal KELEMAHAN PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA
Sebelum tu aku minta maaf.. aku tak reti sangat nak edit-edit video ni.. kang aku belajar... dan gambar yang aku nak share ni pun kurang jelas sebab aku tunggu gak video HD. Agaknya aku tak jumpa kot.
Kenapa Malaysia Kalah.??
Sebab pertama yang aku nak cakap adalah salah barisan pertahanan Negara kita. Cuai dan lambat bertindak. Banyak kali aku tengok defend kita agak kelam kabut bila diserang. Yang paling aku geram bila nak clear bola.. clear tu memang lah clear tapi jangan lah bagi corner (sepakan sudut) pula. Lagi satu clear tu kalau boleh sepak jer kuat-kuat sampai ke tengah padang.. jangan dok sepak bagi pihak lawan pula. Bila dah kelam kabut mula lah masing-masing lupa tangungjawab dan posisi asal. Korang nak bukti?? meh aku citer.. sorry gambar tak lawa.
Kalau korang perasan.. defend kita selalu berkumpul kat tengah bila striker arsenal menyerang. dekat kotak di atas 4 orang jaga dua striker arsenal. tapi diorang tak alert dengan player arsenal di bahagian kira dan kanan (dalam bulatan)
Nampak jelas player arsenal di dalam bulatan tak dijaga. Bukan tu jer 6 orang player kita dok tengah-tengah jer. Striker dan pemain tengah negara pula lambat turun untuk cover player arsenal lagi dua orang kat tengah tu.kalau striker dalam bulatan merah passing balik kebelakang diorang dengan mudah boleh shoot atau passing balik ke bahagian kiri.
Ini time gol kedua daripada walcott. Apa yang salah kat sini?? first sebab defend lambat alert tindakan walcott. Kedua keeper kita tak sepatutnya naik lagi sebab Walcott still diapit oleh defend kita. kalau takder defend barulah sesuai keeper naik.
Ok sekali lagi cuba tengok dalam kotak tu.. ada 4 defend yang cuba halang striker arsenal. sedangkan player arsenal dalam bulatan takder saper nak jaga. cuba tengok player kita tengah tu. Masih tak alert dengan keadaan masa tu. kalau dia turun dan cover di bahagian bulatan tu kan bagus. Bayangkan ada 4 player asernal yang cuma dijaga oleh sorang.errr..
lagi sekali korang perasaan tak player tengah tu tak alert pun dengan player arsenal dalam bulatan. dia dok jalan melengang jer kat situ. Bayangkan ada 3 player arsenal dalam kotak penalti yang langsung tak di jaga.korang agak-agak per akan jadi..cuba tengok gambar bawah
Cuba tengok dalam bulatan. kan senang jer player arsernal dapar bola. ruang terbuka.. boleh shoot jer .
Ni lagi lawak. cuba tengok dalam bulatan. kalau korang ingat time ni fahmi kena ayam-ayam jer. penat fahmi cuba tangkap bola tu.. tapi apa defend buat. 2 defend kat tiang gol tu dah bagus dah..tapi yang lain haram dok tengok. siap dok tengok jer aksi fahmi kena ayam-ayam.
Ini dari sudut berbeza. cuba tengok fahmi try selamatkan gawang. dan cuba korang tengok player lain.. sorang pun tak nak membantu.haish...
sekali lagi cuba tengok dalam kotak putih. ada 6 orang yang dok tengah-tengah. player arsenal dalam bulatan merah takder saper nak jaga. player arsenal dalam bulatan hitam pun takder saper nak alert. apa salahnya player kita yang dok belakang atau depan dia tu halang player dalam bulatan merah dan hitam tu.
sama macam yang sebelum ni. bila takder saper nak jaga bahagian kiri atau kanan diorang dengan mudah dapat bola. korang agak apa yang player dalam bulatan merah tu buat.
korang nampak bukan. dari gambar sebelum ni player dalam bulatan merah akan passing pada player dalam bulatan putih. tengok betul2. dia masih kosong. takder pun player kita yang jaga dia dari tadi.
Ini gol no 4 dari arsenal. nampak tak apa salah kat situ. Rosicky relek jer masuk tampa ada halangan. aper player dalam bulatan putih tu buat. TENGOK aje ke bang.
Aper yang aku ulas dan apa yang aku cakap bukan nak burukkan team kita. atau nak kondem player kita. Tapi kalaulah K.Rajagopal dapat faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni aku yakin team kita akan bertambah kuat. Selain defend corak permainan team Malaysia pun masih belum tersusun lagi. Bila takder Striker yang kuat team kita agak lemah di semua posisi.
Bila time nak nak serang lagi lah aku sakit hati. 90 minit masa yang ada tak kan diorang tak boleh baca corak permainan arsenal macam mana. Ini tak.. still lagi nak passing bola jauh-jauh. MEMBAZIR dan BUAT PENAT ajer. Aku rasa time lawan arsenal ritu team kita patut passing dekat-dekat jer. masa serang patut ada backup kat belakang. Ni tak. selalunya sorang jer striker yang naik. atau pun dua (kiri kanan) tapi tengah takder backup atau LAMBAT nak naik. takut sangat ker or korang lagi best jadi defend ker. ni cuma perlawanan persahabatan jer kot. selagi boleh naik korang patut naik dan serang habis-habisan.
Aku harap lepas ni team kita boleh passing bola dengan baik dan jangan buat hantaran bola yang tak cantik tu. Ni baru lawan arsenal.. Chelsea dengan liverpool macam na. jangan cakap tu jer.. macam mana nak jumpa team olimpik nanti.
kalau korang rasa aku salah korang boleh komen kat bawah..aku cuma cakap berdasarkan apa yang aku rasa. dan aku bukanlah pemain bola sepak yang pro nak cakap lebih-lebih. Aperpun aku doakan team Malaysia terus berjaya dan meningkat pretasi diorang. good luck..
P.E.A.C.E